06 Ogos 2015

Kebun Mini (Edisi Berangan)

Sejak usia dah masuk pertengahan 30-an ni, lebih aman dan bahagia stay kat rumah masa weekend.Kalau dulu, asal tak kerja mesti nak buat 'kerja' lain iaitu merendek keluar.  Membazir duit pun ye, pastu malam penat melampau.  Tanda-tanda penuaan tu dik sebenarnya. Haha.

Dulu, suami bekerja kat satu company ni buat baja kompos.  So, secara tidak langsung, saya mendapat sedikit pengetahuan yang baja kompos ni memperbaiki tanah dengan menambahkan nutrisi jadi tanaman kita jadi gemok macam saya.  Faham?  Hahahaha... gelak lagi.

Balkoni rumah kita dipenuhi besi sidai kain baju, basikal Boboy dan Gabby, sangkar Nitnoy (Guinea Pig peliharaan kami), tray berak Chi Chi dan Momo, meja tempat menyusun periuk besen bagai... sounds like a dumpster to me.  Lagipun balkoni umah kami jenis tertutup, so tak ler nampak keselerakan bebarang kat situ.  

Oleh yang demikian, saya bagitau kat hubby, since kita weekend suka pergi Pasar Basah Stutong tu, beli cili, bawang etc etc.. apa kata kita tanam sendiri sayur-sayur simple kat umah?  Punyalah saya lukis plan (SIAP LUKIS DAN HANTAR VIA WHATSAPP OK?).  Akhirnya hubby kata OK. Yahooo yabbedabedooo!!  Errrmm.. actually saya ni mudah terpengaruh dan terinspirasi dari foto-foto yang saya Google.  Jom tengok!!



Penggunaan rak membuat susunan taman/kebun mini nampak lebih kemas dan teratur.


Yang ni dia letak kontena sebagai alas takut balkoni basah tapi awas, takungan air kena check selalu takut baby jentik-jentik berenangan.

Yang ni best, kamu ada jag plastik ke botol plastik yang besar yang terpakai, kitar semula.  Jimat duit beli pasu.

Ni super kemas.  Kalau siram ni air jangan banyak sangat kang meleleh keluar basah dan kotor balkoni jadinya.

Nah, nampak gayanya kena rajin kitar semula botol-botol minyak masak dan lain-lain lagi kalau nak jimat duit beli pasu.  Boleh pergi ke pasar lah hujung minggu ni nampak gayanya kan? Hehehee.. OK. Take care uols.

xoxo,
Mizz Coki

03 Ogos 2015

Cerita Bekal

Sejak musim panas kami jarang keluar lunch time kerja.  Tambahan pula hubby sekarang selalu jumpa orang kat luar kalau dia tak terperap di rumah menjawab Whatsapp pelanggan.  Kesian jugak tengok dia dok ulang-alik mana nak menghantar budak-budak pergi sekolah, jemput balik sekolah, bawak derang pegi makan, mana lagi nak hantar barang ke Poslaju bukannya sikit-sikit dik oiii... sudahnya bawak bekal lah lagi jimat belanja.

Ini penghabisan malas punya bekal.  Nasi goreng simple cuma tumis bawang dan cili mesin, pecahkan telur, masukkan nasi, masukkan lada sulah, Tumix kemudian kacau-kacau, masukkan sedikit kicap dan voila!  Nak gempak lagi kalau rajin lah potong-potong sawi dan lobak merah.  Tapi stok takde dalam peti ais, saya gunakan apa yang ada depan mata.  Ikan kering atau ikan keropok tu saya beli dari Pasar Serikin.  Rangup gila krup krap walaupun digoreng pukul 6:30 pagi tapi masih rangup di tengah hari.  Saya ratah ikan tu macam orang ratah kerepek, mak oii sedapnye....

Kebiasaannya, saya bawa bekal dengan satu lauk dan satu dessert/buah.  Kalau tak bawak bekal saya masak Maggi je kat ofis.  Bolehlah buat alas perut.  Pastu kalau lapar, jam 3:30 petang saya bancuh teh O kosong dan makan kraker tawar.  Yang pasti, saya mesti pekena breakfast kalau tidak saya 'layu' terkulai kat ofis.  Ingat ye, breakfast itu sangat penting walau segelas susu sekalipun.

Eh, korang bekal apa hari ni?


xoxo, Mizz Coki